![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 00:35 | 0 Cloud(s) Goodbye..![]() Assalamualaikum , maaflah kalau saya sudah lama tidak update entri baru. Hmm.. Sebenarnya, saya dok terkenang dekat seorang budak ini. Budak yang baik, comel (sikit) dan suka bergurau.Rasa macam dunia berhenti berpusing (mengarut) bila dia kata dia mahu pindah . OMG! SIapa yang pindah? Pastinya, Muhajir.. Muhajir mahu pindah ke SMK Sri Pekan.. Walaupun dekat, tetapi kami tidak boleh berbual dengan dia lagi.. Saya harap awak ingat kami lagi, Muhajir. Kalau awak tidak ingat kami, saya cekik-cekik awak nanti! Jahatnya, saya...Hyep, Muhajir.. Kami rasa seperti orang gila bila kehilangan awak. Yup, tidak boleh dinafikan lagi.. Awak disayangi oleh semua orang. Muhajir, siapa yang akan gantikan awak bertilawah? Orang yang gantikan awak itu boleh dapat nombor dua seperti awakkah? Hmm.. Tak mengapalah..Bye, assalamualaikum.. ![]()
18:51 | 0 Cloud(s) Bersama Kawan-kawan Di Makmal Komputer..Assalamualaikum, dan hai pada semua! Hari ini saya nak ceritakan tentang kami semua.. Ya, hari ini hari Isnin. Mesti kawan-kawan tertanya-tanya macam mana saya boleh menulis entri terbaru ya? Begini, saya menulis entri terbaru menggunakan chrome book. Hehehe.. Sengaja tulis entri. Bosan asyik buka frog vle. Hmm.. Saya rasa gembira sebab dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik dan selalu mengambil berat. Kalau kita sakit di sekolah pasti rakan-rakan yang akan beritahu guru kan? Kami masuk ke dalam makmal komputer setiap hari Isnin kerana ada mata pelajaran Kemahiran Hidup. Sebab itu saya suka mata pelajaran Kemahiran Hidup ini! Hahahah... Tak ikhlas kan hati saya ini? Pada anda semua, apakah peranan sebagai kawan? Nanti beritahu saya ya! Jangan malu-malu dan segan-segan. Luahkan perasaan di sini! Bagi saya berkawan sungguh menyeronokkan. Kalau tiada kawan, pasti kita rasa sunyi di sekolah atau di mana-mana sahaja kan? Jadi berkawan biarlah ikhlas. Jangan tak ikhlas. Contohnya, awak tak mahu berkawan dengan si A sebab dia selekeh. Manakala awak mahu berkawan dengan si B sebab dia pembersih dan bijak. Itu namanya memilih rakan.. Bagi saya berkawan biarlah sampai seribu atau sejuta. Tak ada benda pun yang kita akan hilang. Okeylah, masa sudah singkat. Bye, jumpa lagi di entri yang lain! Assalamualaikum... :D 05:46 | 0 Cloud(s) Siapa Sahabat Anda?Hai, kembali di dalam rancangan 'Siapakah Sahabat Anda?' Okey, ini kali pertama saya letak novel di dalam blog ini. So.. Sila jangan komen apa-apa.. Saya sudah bosan mendengar komen kakak-kakak saya yang penyibuk itu. Hehehe.. Berbalik semula ke tajuk kita, anda rasa siapa kawan baik anda? Sama-samalah kita mencari jawapan di dalam blogger ini! Bye.. Assalamualaikum.. 05:30 | 0 Cloud(s) Merapatkan hubungan silaturrahim..![]() Hai, guys! Lamanya saya tak tulis entri baru. So sorry.. Kadang-kadang saya rasa penat. Tapi saya gagahkan tangan saya untuk menulis entri baru hari ini. Okey, sekarang kita nak cerita pasal apa ya? Ada cadangan tak? Saya sudah kering idea lah! Hmm... Apa kata saya cerita tentang budak tahun 6 yang rapat dengan kelas kami... Lelaki... ~Fahim~ Dia ini baik, cuma kadang-kadang meluat dengan perangai dia.. Hehehe.. Sorry! ~Rusyaidi~ Rusyaidi, budak lelaki nakal.. Suka melawan cakap orang. Haish, boleh jadi sakit jiwa layan dia! ~Paan~ Hah, yang ini sorang lagi. Budak lelaki yang nakal.. Suka makan di tangga walaupun dah banyak kali kena tegur.. ~Izz~ Dia ni baik sikit, tapi mulut macam.. Ish, kadang-kadang geram juga bila dia kata benda yang tak elok. Geram! Perempuan... ~Iqa~ Dia baik, saya suka kawan dengan dia.. Dahlah comel, ramai orang minat dia.. Dia kakak angkat saya.. Saya sayang dia! ~Syahirah~ Budak ni baik.. Saya suka kawan dengan dia. ~Siti~ Kawan baik Iqa rasanya.. Saya tengok, dia suka gigit kuku. Sedap ke? Apa-apa pun, dia lawak! ~Aminah~ Yang ni macam tomboi sikit, tapi saya panggil dia Minah/ Minah rempit. Saya suka usik dia.. ~Aisyah~ Kakak Khadijah... Okey, itu jelah yang saya dapat senarai kan.. Bye.. Assalamualaikum! 05:46 | 0 Cloud(s) Walaupun jatuh, berusaha lagi...![]() Hai,hai, hai... Mari kita buat regangan otot seketika. Mula dengan kepala.. 1..2...3.. Okey, dah tamat. Hehehe.. Buat senaman kepala sahaja.. Malaslah nak buat semua senaman. Okey, tujuan saya menulis entri baru ini untuk menceritakan tentang KARNIVAL BAHASA INGGERIS... Saya masuk scrable.. Nasuha masuk public speaking. Alhamdulillah.. Nasuha dapat tempat ke tiga! Syukur.. Saya pula? Saya tak menang. Masa pusingan pertama, saya menang lawan SK Indera Shah Bandar atau nama singkatan dia.. SKIS.. Tetapi, semasa pusingan kedua, saya kalah. Lawan SK Tanah Putih.. Tak mengapalah. Lain kali boleh cuba lagi kan? Masa saya makan, saya ternampak peti sejuk dekat kantin SKIS. Dalam peti sejuk itu, ada SOLIVITE!! Wah, saya memang minat dengan air itu. Saya pun apalagi, pergilah beli.. Saya beli sampai 2.. Tamak kan saya ni? Lepas itu, saya jumpa Nasuha. Saya pinjam duit dia RM 1. Nak tahu apa saya beli? Saya beli solivite lagi.. Jadi saya minum 3 solivite. Rasa dahaga sangat.. Jadi saya belilah 3. Nasuha beli 1. Hehehe.. Betapa tamaknya saya.. Oh, ya! Masa dalam perjalanan hendak pergi ke SKIS. Kami berbual dalam kereta Teacher Munirah.. Teacher Munirah kata.. "Kalau ada orang yang dalam kereta ini menang, kita pergi jalan-jalan.." masa saya dengar, saya teruja sangat! What? Pergi jalan-jalan.. Tentu boleh saja.. Dan.. Budak yang ada dalam kereta teacher menang kecuali saya.. Saya tambah.. "Teacher, diaorang dah menang.. Jom pergi jalan-jalan cari makan!" hehehe.. Suka hati saya saja tambah.. Tapi, teacher tak boleh bawa kitaorang jalan-jalan hari ini sebab teacher ada kelas tambahan.. Saya kata dekat teacher, hari esok pun boleh.. Hehehe.. Eh, saya terpaksa pergi.. Bye.. Assalamualaikum.. :p 06:10 | 0 Cloud(s) Muhajir akan pindah!!!! :'(![]() Hye, hari ini lutut rasa nak tercabut.. Bukan sebab saya asyik bersukan. Tapi sebab ramai budak kelas kami yang nak pindah! Iman, pindah tahun ini.. Muhajir nak pindah bulan 5 ini. Lagi satu, kemungkinan besar Ubaidah nak pindah tahun hadapan ke rumah baru dia!Ya Allah, dari 29 tinggal 28 or 27! Mana boleh! Saya tak benarkan mereka pergi.. Tapi mana boleh saya halang mereka. Huhuhu.. Makin sepilah kelas kami nanti. Muhajir suka buat orang ketawa, jadi saya rasa mesti sunyi sepi nanti. Hmm.. Kenapalah tahun ini ramai yang pindah? Muhajir, saya dan rakan-rakan pasti akan merindui awak nanti! Jangan lupakan kami ya! Huhuhu.. Assalamualaikum... :'( ![]() 06:51 | 0 Cloud(s) Sedih...Assalamualaikum, dan hai.. Hari ini rasa tak bersemangat. Why? Because, Iman dah pindah ke sekolah lain. Padahal, dia selalu buat lawak walaupun dia adalah kurang ajar sikit. Saya suka usik dia sebab dia tak mudah marah. Sebenarnya, bulan tiga atau bulan empat dia pindah.. Tengok..tengok.. Hari Isnin dia dah pindah. Rasa rindu pula.. Awak semua tak rindu ke Iman. Secara jujurnya, saya katakan... Saya rindu sangat dengan Iman. Tak lengkaplah kelas 5 Ibnu Sina tanpa Iman. Patutnya ada 29 tapi sekarang ada 28 je sebab Iman pindah.. Iman, saya ada mesej untuk awak... I miss you.. Sebagai kawan sahaja.. Tidak lebih daripada itu. We miss you, Iman! Kalaulah awak tak pindah, mesti riuh kelas kita. Oh, ya Iman! Ubaidah dapat pergi ke peringkat negeri.. Dia kan masuk hafazan. Alhamdulillah.. Iman, saya nak tanya.. Awak tak rindu kami ke? Walaupun saya tahu, awak takkan buka blog saya ini, tapi saya tetap tulis tentang awak. Saya harap awak bahagia di sekolah lain, dan gembira... Belajar elok-elok ya! Bye! :'( ![]() ![]()
![]() |