![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() ![]() ![]() Assalamualaikum, dan hai pada semua! Hari ini saya nak ceritakan tentang kami semua.. Ya, hari ini hari Isnin. Mesti kawan-kawan tertanya-tanya macam mana saya boleh menulis entri terbaru ya? Begini, saya menulis entri terbaru menggunakan chrome book. Hehehe.. Sengaja tulis entri. Bosan asyik buka frog vle. Hmm.. Saya rasa gembira sebab dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik dan selalu mengambil berat. Kalau kita sakit di sekolah pasti rakan-rakan yang akan beritahu guru kan? Kami masuk ke dalam makmal komputer setiap hari Isnin kerana ada mata pelajaran Kemahiran Hidup. Sebab itu saya suka mata pelajaran Kemahiran Hidup ini! Hahahah... Tak ikhlas kan hati saya ini? Pada anda semua, apakah peranan sebagai kawan? Nanti beritahu saya ya! Jangan malu-malu dan segan-segan. Luahkan perasaan di sini! Bagi saya berkawan sungguh menyeronokkan. Kalau tiada kawan, pasti kita rasa sunyi di sekolah atau di mana-mana sahaja kan? Jadi berkawan biarlah ikhlas. Jangan tak ikhlas. Contohnya, awak tak mahu berkawan dengan si A sebab dia selekeh. Manakala awak mahu berkawan dengan si B sebab dia pembersih dan bijak. Itu namanya memilih rakan.. Bagi saya berkawan biarlah sampai seribu atau sejuta. Tak ada benda pun yang kita akan hilang. Okeylah, masa sudah singkat. Bye, jumpa lagi di entri yang lain! Assalamualaikum... :D ![]() ![]() ![]() |
0 Comments:
Post a Comment